Followers

6 November 2016

Bahaya B-Complex Shaklee !

Assalammualaikum,
Whoa ! Menakutkan betul tajuk kat atas tu sampai penulis entri ni sendiri takut juga.
Tapi nadia nak bagitahu kat semua ni, janganlah risau. Itu sekadar tajuk entri.

Sebelum tu,
kalau nadia agak - yang akan buka entri ni mesti korang ambil produk Shaklee kan?
Jangan risau tau. InshaaAllah - produk Shaklee ni selamat. Sebelum ianya sampai kepada kita banyak kajian yang dijalankan. Bukan setakat kajian gitu-gitu je tetapi ianya dibuktikan melalui kajian saintifik dan keluar dalam jurnal okey. 

[ Nanti nadia akan kongsikan kajian-kajian tersebut ] 

Dan sekarang nak kongsi berkenaan B-Complex Shaklee kesayangan daku ni.
Kalau anda pengguna B-Complex Shaklee, cuba perhati lepas ambil vitamin ni,
pergi buang air dan anda akan lihat urin anda lebih kuning warnanya berbanding biasa.

Kenapa?
Kenapa?

Mungkinkah sebab ianya ada bahan berwarna?
Ahhhh sudah.



















,Okeylah. Jangan panik. Jangan risau.
Meh nadia nak kongsikan persoalan yang bermain difikiran anda tu.
Kebetulan memang ada perbincangan dan perkongsian diantara keluarga Shaklee kami.
Nadia kongsikan pada semua ;)

Kenapa air kencing jadi kuning ?

B-complex yang bewarna kuning tu lah penyebabnya. Kalau kita ingat balik, masa belajar subjek Sains (tingkatan 2 kot kalau tak silap) 

Kita ada belajar tentang jenis2 vitamin. Ada vitamin larut air dan ada vitamin larut lemak (A, D, E dan K). Betul?

B-complex adalah termasuk dalam vitamin larut air dan ia tidak disimpan di dalam badan, seperti beta-karotena dan vitamin E. Disebabkan sifatnya yang larut air, maka ianya akan dikeluarkan bersama urin apabila tidak diperlukan oleh tubuh. Rite?

Perubahan warna urin bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. 


Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang.

Jadi tak perlu risau, okay. 

It’s normal. 

Kalau urin korang tak bertukar warna, itu patut korang risau. Maknanya vitamin B korang tak larut air. Tak larut air, macam mana sel2 nak serap? Tapi, kalau korang tak nak warna urin jadi kuning terang, korang minumlah air putih banyak2. Confirm urin korang jadi tiada warna. 

Tak percaya? Sila cuba.

Terjawab sudah.

Semoga memberi manfaat pada semua.
Sehingga kita ketemu lagi.


Nadia Syakila 
0132408600
nornadiasyakila90@gmail.com


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign