Followers

13 November 2017

My Vision Wall

Assalammualaikum,
hai hai hello.

Malam ni nadia kongsi dengan korang la pasal VISION BOARD - pernah dengar?

Ini adalah dinding bilik tidur nadia,
penuh dengan tampalan target dan impian,
alhamdulillah ada yang tercapai dan ada lagi yang belum. Banyak lagi yang belum.

Tapi nadia yakin,
Allah akan makbulkan juga,
lambat atau cepat, kena dengan usaha dan doa serta izinNya, ia akan tercapai satu satu.
Penting ke ada vision board ni?
In my case, vision wall 😁

Sangat penting sebab kita boleh tengok,
kita boleh sedar tentang apa yang kita perlu buat untuk capai impian kita. Tak boleh malas malas, tak boleh lengah lengah.

Kalau perasan,
dulu masa sekolah kalau ada program motivasi mesti penceramah suruh tulis dan letak depan meja belajar nak berapa A. Nadia buat je walaupun tak tahu kenapa.

Dapat target SPM.
Dapat masuk UIA.

The power of writing dan vision board.
Cubalah ! Dia membantu "menyedarkan" minda separa sedar kita dan mendorong perbuatan kita.

Jom capai dan genggam impian sama sama.

#NadiaSyakila
#VisionWall

Semoga bermanfaat !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 November 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com





Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....

Read more: Sini

--------------------------------------------------

Doakan nadia, dah lama tak join contest or GA tau.

Tiba - tiba berdebar pulak. Okey baik.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Dilema Makan Gaji

Assalammualaikum,
hai semua - selamat malam nadia ucapkan.

Malam ni nadia nak bercerita tentang apa yang nadia rasa.
InshaAllah, tiada kena mengena dengan kehidupan orang lain, mahupun merujuk kepada majikan majikan tertentu. Its just a point of view daripada nadia sendiri. 






















Kita bekerja untuk menyara diri sendiri mahupun keluarga.
Wang bukanlah segala-galanya, tetapi kebanyakkan yang segala-galanya tu memerlukan wang. Setuju?

Kebanyakkan bekerja adalah sebab duit. Bila kita kerja kita akan dibayar gaji. 
Tak kisahlah kerja makan gaji atau kerja sendiri. Tapi hari ini nadia sekadar nak berkongsi dilema seorang yang makan gaji. Mungkin betul, mungkin tidak. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak. 

Nadia serahkan pada korang masing - masing. 
Dah, jom kita tengok carta hits dilema makan gaji.

1. POLITIK PEJABAT
Tak kisahlah kakitangan sesuatu syarikat itu banyak atau tidak. Sekiranya ada orang seperti kaki dengki, pengampu dan sebagainya - nak atau tidak kita pasti akan terbabit juga dengan politik pejabat yang mana mungkin boleh memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri atau orang di sekeliling. 

Tapi tidak dinafikan, ada juga syarikat yang sangat menjaga persekitaraan atau nuansa pejabat supaya sentiasa berada di dalam zon positif. 

2. KEBEBASAN MASA
Ya, kebebasan masa yang terhad. Mungkin perlu kerja over time, mungkin perlu kejar target menyebabkan kita perlu kerja di luar waktu kerja. Dan ya, ia berkait rapat dengan cuti. 

Untuk mereka yang memang bekerja pejabat atau makan gaji sepenuh masa - tidak ada masalah yang agak kritikal di situ, tetapi bagi mereka berniaga atau ada sumber pendapatan lain, mungkin agak sibuk dan penat berbanding mereka yang fokus pada satu satu kerja.

3. DISIPLIN
Makan gaji lebih mengajar makna “selamat” manakala berniaga pula lebih mengajar seseorang untuk lebih berdisiplin. Disiplin akan menjadi perkara yang amat penting kerana apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan merasa kesannya, baik negatif ataupun positif (Safuan Borhan, 2016)

Sangat sangat betul. Bekerja dan berniaga dalam satu masa yang sama sangat memerlukan disiplin yang sangat sangat sangat tinggi. Waktu kerja adalah waktu dah hak kepada majikan manakala waktu rehat, waktu cuti adalah waktu kita dan itulah waktu berniaga - nadia sedang melalui fasa ini. Doakan ya !























4. PENDAPATAN
Bagi orang makan gaji, pendapatan adalah tetap. Kemungkinan ada yang mengikut komisen atau target tapi kita boleh mengagak gaji yang akan diperolehi pada hujung atau awal bulan. 

Pendapatan orang kerja sendiri sentiasa berubah ubah mengikut usaha dan rezeki. Perlu bekerja dengan lebih untuk menentukan gaji sendiri. 

5. BOS @ MAJIKAN 
Sudah pastilah kalau bekerja sendiri, kita sendiri yang akan jadi bos. Semua keputusan di tangan kita. Tak ada siapa yang kawal apa yang kita perlu buat atau apa yang kita nak buat. Lain pula dengan makan gaji, itu ini ditentukan oleh orang atasan, kita cuma menurut (Safuan Borhan, 2016). 



















Tiada yang betul tiada apa yang salah. 
Semua adalah pilihan dan impian masing-masing. 

Ada je diantara sahabat sahabat rapat nadia yang memilih untuk bekerja makan gaji dan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam kerja bagi mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji. Bagi mereka itu adalah kepuasan dan pencapaian yang mereka inginkan.

Macam nadia sendiri, nadia lebih memilih kepada untuk bekerja sendiri, membina empayar sendiri, mendapatkan kebebasan masa, kebebasan wang, sentiasa bekerja di mana sahaja - sebab perniagaan bukan macam kerja boleh off dan on dan dalam masa yang sama sentiasa berada di sisi suami dan anak-anak. 

Nadia sedang berusaha. 
Masih bekerja untuk membayar segala hutang piutang dan mengumpul simpanan sebelum nadia berhenti kerja. Dan dalam masa yang sama sedang menjalankan bisnes Shaklee dan paling best PROJEK SPA BERGERAK nadia secara separuh masa bersama dengan hasil yang sangat lumayan dan projek ini sangat simple !

Nadia ada target dan to do list yang nadia perlu buat sebelum hantar surat berhenti kerja kepada majikan. InshaAllah, doakan MISI 2018 nadia berjaya.

Till then.
Semoga dipermudahkan !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 November 2017

Kursus Spa Bergerak Termurah di Malaysia 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga korang dalam keadaan sihat dan baik-baik ya.

Korang. korang. oooo korang.
Ada sesiapa diantara pembaca Nadia mempunyai ciri - ciri seperti ini ----

  1. Bekerja
  2. Nak tambah pendapatan sampingan
  3. Berimpian nak berhenti kerja dan nak buat bisnes dari rumah
  4. Minat bidang kecantikan dan spa atau solekan
Kalau semua senarai semak kat atas korang jawab YA. 
Korang wajib untuk tahu berkenaan PROJEK SPA BERGERAK yang Nadia tengah buat sekarang sejak tahun 2015 lagi. 

Projek yang sangat BEST dan khas untuk WANITA.
Memang tak buka untuk lelaki.

Korang boleh buka bisnes spa bergerak korang sendiri dengan menggunakan NAMA KORANG dan yang paling penting dengan kos yang sangat rendah dan risiko yang sangat rendah !

Kita mulakan dengan apa yang ada ditangan.
Tak perlu buat pinjaman untuk buka kedai / spa atau beli alatan canggih canggih.

Dan percaya atau tidak - ramai (termasuk Nadia) jana pendapatan dengan spa ini paling minimun RM50/jam. Per jam ye 💞

Ini antara batch terawal join projek ini. Nampak Nadia?
Macam manalah boleh pegang sijil terbalik ya. 
Alhamdulillah. 
Dah nak masuk tahun ke 3 bersama The Walking Beauty dan mempunyai spa sendiri.
Memang sangat membantu dari segi ekonomi nadia tau.


Okey NEXT !
Nadia nak kongsi lagi, dah la projek ni best semua kan.
Dan yang paling best adalah pada BULAN NOVEMBER ini, korang yang berminat nak belajar kemahiran spa boleh dapatkan MODUL serenda RM 99 ! Serius ar. 

Nadia yang belajar ambil sijil pun makan masa 6 bulan dan duit keluar banyak tau.
Ni ada ILMU RM99 tu. Rugi kalau korang korang tak grab tau.

NAK TAHU APA PAKEJ TU - KORANG TERUS KE LINK NI OKAY.
KALAU BERMINAT TERUS JOIN - DAH TERDETIK DAH TU 😊

--------------------------------------->>>>

Semoga bermanfaat tau.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

6 November 2017

Awas ! Jangan abaikan sakit - sakit pada badan !


KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan SISTEM PENGALIRAN DARAH, SISTEM JANTUNG, dan SARAF OTAK.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Bahagian atas : Menunjukkan penyakit DARAH TINGGI
Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit DARAH TINGGI atau TEKANAN DARAH.

SAKIT KEPALA & RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit MIGRAIN.

BISUL DI KEPALA
Tanda pembuangan TOKSIN sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit MIGRAIN.

RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda KURANG DARAH atau PENGALIRAN DARAH TIDAK LANCAR.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH

Tanda penyakit LELAH. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut (i.e. Ulser).

LIDAH RASA TEGANG & PENDEK

Tanda sakit JANTUNG.

KELUAR AIR LIUT YANG PEKAT
Proses pembuangan TOKSIN dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
Menandakan SALURAN DARAH telah menjadi keras dan fungsi METABOLISME TIDAK SEIMBANG.

KEBAS TANGAN
PENGALIRAN DARAH di bahagian atas badan TIDAK LANCAR.

KEBAS TANGAN KIRI & LENGAN
Tanda-tanda LEMAH atau SAKIT JANTUNG. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI
PENGALIRAN DARAH di BAHAGIAN BAWAH TIDAK LANCAR.

SAKIT TAPAK KAKI
Menandakan BUAH PINGGANG lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI
Menunjukkan kelemahan fungsi ALAT KELAMIN.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI
Penyeimbangan fungsi BUAH PINGGANG akibat LEMAH TENAGA BATIN.

GATAL-GATAL DI CELAH JARI KAKI

Menunjukkan tanda awal PENYAKIT KAKI BUSUK.


KENCING

KERAP KENCING
Menunjukkan BUAH PINGGANG mengandungi kotoran.

AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit BATU KARANG dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan BUAH PINGGANG mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BEWARNA COKLAT

Menandakan proses pembuangan TOKSIN sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH
Penyakit BATU KARANG atau BUAH PINGGANG LUKA.


BUANG AIR BESAR

CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Jika cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, ia menandakan PENYAKIT BARAH di bahagian usus besar.

SEMBELIT
Membersihkan TOKSIN dari USUS KECIL.

NAJIS BERDARAH

Darah merah : Masalah penyakit BUASIR/BARAH di bahagian usus.
Darah hitam : Masalah penyakit ULSER PERUT.

NAJIS BEWARNA HITAM
Menunjukkan PROSES PEMBUANGAN TOKSIN di bahagian usus sedang berlaku.


BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan SALURAN DARAH.

SAKIT MENYUCUK
Proses menyeimbangikan URAT SARAF.

SAKIT SENGAL
Menandakan LUKA di dalam badan.

SAKIT MENYENTAP
Proses menyeimbangkan URAT SARAF yang berkaitan dengan organ-organ badan.

SAKIT MENEGANG
Proses melancarkan PENGALIRAN DARAH.

BADAN TERASA BERAT/MALAS/LENGUH
Badan mengandungi ASID berlebihan. Proses penyeimbangan.

BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi ASID yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN
Menandakan BADAN SEGAR dan proses AWET MUDA sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi BUAH PINGGANG dan TENAGA BATIN.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi HATI lemah. TEKANAN DARAH TINGGI.

RASA BIMBANG & TAKUT
Sistem PARU-PARU yang lemah.

RASA SERONOK/BIMBANG TANPA SEBAB

Sistem JANTUNG dan SARAF OTAK yang lemah. Masalah PENGALIRAN DARAH.


-------------------------------------------

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada yang membacanya.
Sekiranya terdapat masalah di atas, dapatkan rawatan daripada doktor untuk ketatapan dan tindakan lanjut.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 November 2017

Tumbiruo : Penunggu Rimba

Assalammualaikum, 

Hai korang - terima kasih sebab sudi singgah dan tinggalkan jejak kat blog Nadia ni. 
InshaaAllah, hari ini nak buat review sikit berkenaan dengan Filem Tumbiruo ni. 

Sebenarnya, karya dan novel Ramlee Awang Murshid memang terkenal seingat Nadia dari zaman Nadia kat universiti lagi. Tapi sejak Nadia puasa novel akibat terlalu taksub dengan novel Nadia memang tak baca langsung dan beli novel. 

Walaupun teringin sangat. 
Daku jeling je rak novel kalau masuk kedai buku - setakat baca sinopsis lepas tu tepuk dada cakap sabar, belum masanya lagi. 

Okey.
Berbalik kepada filem ini - yang nak tengok sangat itu adalah tuan suami.
Beliau memang sukakan cerita aksi Melayu ni. Jadi pergi lah kita.


Secara keseluruhan, Nadia bagi 8.9 / 10.
Nadia takde apa-apa komen sebab Nadia buat review berdasarkan filem ini semata-mata, 
sebab tak pernah baca pun buku dia kan. Jalan cerita menarik walaupun ada yang macam tak make sense yang tang cermin mata Nabila elok bagai tapi handphone retak seribu dan beberapa scene yang nampak macam tak real. Just my 20 cents - Abaikan. 

Tapi I still can follow the movie. 
Jadi korang pon dah ada yang tengok ke? Kalau ada dan buat review - jangan lupa tepek kat komen okey. 

Apapun, lakonan Zul , Farid dan Nabila memang terbaik. 
Tahniah tahniah tahniah.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

4 November 2017

Buat duit setiap hari dengan Bisnes Spa Bergerak

Assalammualaikum semua, 
terima kasih sebab sudi menjengah ke blog Nadia Syakila ini. 

Korang korang korang, 
apa yang membuatkan korang tertarik dengan tajuk di atas ni ?
Buat duit setiap hari ? Atau Bisnes Spa Bergerak tu sendiri ?


InshaAllah, tahun 2018 adalah tahun ke 3 kot Nadia berbisnes spa bergerak secara separuh masa (Nadia masih bekerja ya) - apa yang Nadia nak cakap dengan korang adalah dengan adanya kemahiran spa ni. Korang boleh buat bisnes dan tawarkan perkhidmatan korang di mana sahaja korang berada. Seriusly guys !


Boleh dikatakan yang sebenarnya bisnes kecantikan ini terutamanya MOBILE SPA adalah perniagaan lubuk duit. Jadinya, sesiapa yang berminat boleh terus sambung baca. 

Korang yang tergolong daripada golongan dibawah pun WAJIB BACA SAMPAI HABIS YA.

 Wanita yang berhasrat untuk memiliki SPA sendiri suatu hari nanti 
 Wanita yang nak buka SPA tetapi tiada modal yang besar
 Wanita yang hendak menjalankan bisness tapi tidak tahu bisness apa nak buat
 Wanita yang berkerja dan ingin memulakan bisness secara part time
 Surirumah yang sedang mencari bisness yang boleh dijalankan hanya dari rumah
 Para graduanita yang masih menganggur
 Pelajar wanita yang ingin mencari duit poket untuk menampung perbelanjaan di kampus
 Pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan masalah hutang dan tiada pelanggan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hah, kalau korang  termasuk dalam ciri-ciri di atas, korang memang LAYAK untuk sertai KURSUS SPA BERGERAK BY THE WALKING BEAUTY yang awesome dan best ni !

Bulan ini (November 2017) ini adalah pakej untuk korang mulakan bisnes spa korang.
Dan jangan risau dari segi pemasaran dan sebagainya - Nadia sendiri akan ajar macam mana nak balik modal dalam SEBULAN dan ada PROVEN RESULT dalam seminggu je dah pulang modal. 

Anda akan belajar 5 courses + 1 advanced course
(Worth RM2500!)

✅ Facial Relaxing Treatment
✅ Body Scrub
✅ Sauna Herbs
✅ Aroma Milk Bath
✅ Foot & Hand Spa
❇ How to setup & running Mobile Spa

TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau PENGALAMAN LANGSUNG. ANDA BERSEDIA ?

Untuk apa-apa pertanyaan, 
korang boleh terus hubungi Nadia okey. 

Nak dapatkan testimoni atau info lanjut,
korang boleh je add / follow Nadia di FB & IG. 

Sehingga kita ketemu lagi !

~
Nor Nadia Syakila Jamal
Trainer #TWBMelaka
Owner #NSMobileSpa #SpaBergerakMelaka
+6013-2408600
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 November 2017

Sekajap Masa Berlalu


Assalammualaikum, selamat sejahtera buat semua. 

Nadia doakan korang yang sedang membaca entri ini dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan gembira dan semoga urusan korang dipermudahkan oleh Allah. 

Selamat datang November.
Sekejap je kan dah nak hujung tahun 2017. Rasa macam pantas gila masa berlalu. 
Tahun 2017 umur Nadia dah 27 tahun, sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 2 bekerja dan nak masuk tahun ke 4 menjadi puan. Allahuakbar ! Dan pelbagai lagi perkara yang memang akan jadi panjang lebar untuk dihitung. 

Korang macam mana guys? Up down kehidupan itu biasalah. 
Tapi cuba kongsi sikit kebahagian korang tahun ini. Kahwin ke? Dapat baby? Dapat kerja? 

Dan lepas tu jangan lupa tinggalkan link blog korang okey. 
Lama dah tinggalkan aktiviti blogwalking ni. 

Sehingga ketemu lagi !

Adios.
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

13 August 2017

A Walk to Remember

Assalammualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh,
Selamat hari cuti dan salam hari ahad 😉

Hari ini nadia kena on call untuk ke pejabat,
selain kursus untuk organisasi dan program atau seminar untuk pelajar peperiksaan UPSR / PT3 / SPM - syarikat yang nadia bekerja ni pun buat sewaan bilik seminar di Melaka.

Disebabkan tiada kakitangan lain bertugas, jadi kita kenalah bertugas 😍 Its okay its alright sebab dapatlah kita rezeki lebih.

Walaupun mata memang mengantuk sangat ni, tapi kita kuatkan diri kita dan untuk cuba hilangkan mengantuk tu - mari kita berblogging.

Lama betul tak tulis post pada diri sendiri dan dalam erti kata lain aktif kat blog ni ha. Meh hari ini, nadia nak cerita pasal nadia - alah macam laporan terkini dan sensasi lah.

AKU TANYA APA KHABAR
Alhamdulillah, nadia dalam keadaan sihat dalam masa setahun dua ni. Banyak benda yang berlaku tapi Alhamdulillah tahap kesihatan dalam keadaan baik. Cumanya sekarang ni dalam usaha untuk turunkan berat LAGI dan berusaha untuk dapatkan anugerah zuriat.

Tahun 2016 berlalu dengan baik walaupun pada awal tahun - tarikh keramat 2 Januari 2016, mak nadia yang tercinta telah pulang ke pangkuan Ilahi.

Kemudian, nadia menyambungkan pelajaran untuk ambil Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 di dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan selama 6 bulan.

Selepas habis pengajian, nadia ambil keputusan untuk bekerja kembali makan gaji dengan syarikat pertama nadia bekerja --- well, sebenarnya kalau difikirkan kembali sekarang ini rasanya pilihan nadia waktu itu agak kurang tepat -- takpelah, kita kena teruskan apa yang kita dah kita putus kan  😉

Dan di penghujung tahun 2016 pula ditutup dengan kisah tuan suami yang telah tamat perkhidmatan sebagai tentera yang mana - InshaaAllah - nadia akan kongsi perasaan dan perancangan kami berkenaan ini.

Sebelum Tahun 2017 masuk menjengah, nadia dah pasakkan dalam minda nadia bahawa tahun 2017 dan tahun 2018 adalah tahun struggle dan bekerja kuat untuk kami suami isteri bagi menstabilkan kehidupan kami.

Banyak sangat impian kami untuk 3 tahun akan datang, dan usaha itu akan kami mulakan dari sekarang. Boleh awak doakan untuk kami ? Alhamdulillah. Dan sekarang kami sedang berusaha sesungguhnya 😍

APA YANG NADIA BUAT SEKARANG ?
Okey, sekarang ni nadia memegang jawatan sebagai Eksekutif Operasi dan Pemasaran di JRS Training and Event Management PLT di Ayer Keroh Melaka. Bidang tugas memang banyak sebab ianya syarikat kecil yang sedang membesar. Penat? Mestilah tetapi kena selalu positif dan pasak dalam minda yang ini semua adalah pengalaman yang sangat berguna untuk nadia di masa hadapan nanti.

Dalam masa yang sama sedang mengembangkan Projek Kursus Spa Bergerak -- korang boleh tengok blog ini  PROJEK SPA BERGERAK by The Walking Beauty -- dan juga menjadi trainer bagi negeri Melaka.

Dan lagi sedang mengembangkan perniagaan Shaklee nadia yang nadia join sejak tahun 2014 lagi, inshaaAllah. Nak order produk Shaklee boleh la roger nadia ye, hihi.

Ini lah kehidupan nadia sekarang ini, menggunakan semua medium di atas untuk cari rezeki yang halal, membantu tambah nilai pada kehidupan orang lain dan bekerja untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT - mudah mudahan, amin ya Allah.


PERANCANGAN MASA HADAPAN
Nadia merancang (dengan izin Allah) beginilah kehidupan nadia dalam masa 2 tahun lagi sebelum menjadi WORKING AT HOME MUMMY yang solehah dan kaya. Itu memang impian nadia lah. InshaAllah ya.

Nak mengembangkan organisasi Shaklee,
nak besarkan lagi empayar NS Home Mobile Spa,
nak beli rumah - rumah,
nak travel bersama keluarga,
dan banyak lagi.

Doakan yah?
Terima kasih.

 
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 August 2017

Kursus Spa Termurah di Malaysia


PEMBABITAN AWAL
Ini gambar lama,
gambar lama yang mengubah kehidupan saya sejak 2 tahun yang lalu.
Inilah gambar saya tika mana pertama kali menghadiri training bagi projek The Walking Beauty sekitar bulan Mei tahun 2015.

Bermula saat ini,
saya mula membina spa bergerak tanpa kedai saya dengan modal yang tak sampai RM1000 pun dan dalam masa beberapa bulan ia mampu memberi semula modal yang saya gunakan. Dengan ilmu facial dan urutan wajah yang saya ada waktu - saya mampu dan boleh menjana pendapatan sebanyak RM45 dalam masa 1 jam.

1 jam ye sahabat semua.
Baiklah, katakan kita tolak kos barang mungkin untung bersih sekitar RM 25 / sejam.
Kalau 2 jam? RM 50 dan seterusnya. Kos diatas tidak termasuk dengan kos pengangkutan yang akan dibayar oleh pelanggan sendiri.


NAMPAK PELUANG
Semakin hari, saya semakin jelas dan nampak peluang yang ada di bawah projek TWB ini, dan mengambil keputusan dengan inisiatif sendiri untuk menyambung pembelajaran di dalam Sijil Kemahiran Malaysia di Giatmara dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan.

Sesungguhnya, sekiranya saudari di luar sana mempunyai kekangan masa - pembelajaran yang melibatkan kelas sepenuh masa amatlah tidak sesuai. Ia memakan masa 6 bulan dan dalam masa yang sama banyak komitmen yang perlu kita berikan.

Peluang menjana pendapatan melalui perkhidmatan spa ini sebenarnya menguntungkan, mempunyai kebebasan masa mengikut fleksibiliti. Bermula dari anak/adik remaja kepada suri rumah, pelajar universiti dan kolej mahupun wanita yang berkerjaya.

Cuma anda perlu cari kursus yang betul, kemahiran yang tepat dan yang pasti modal yang tidak membebankan. Dan selepas itu, anda sudah bersedia untuk memulakan SPA BERGERAK TANPA KEDAI ANDA dimana sahaja anda berada.


KURSUS SPA TERMURAH DI MALAYSIA

Setelah hamper 2 tahun selepas projek SPA BERGERAK - THE WALKING BEAUTY dilancarkan, ia mendapat sambutan yang sangat menghangatkan. Boleh dikatakan hampir di setiap negeri mempunyai agen TWB sendiri.

Selain sistem sokongan yang sangat padu, kos atau modal yang diperlukan untuk menjadi pemilik spa dan belajar kemahiran spa ini sangat - sangat murah !

Beraninya saya?
Ya, saya berani mengatakan kos untuk pakej TWB murah adalah kerana setelah membuat sedikit survey ketika mana semasa belajar di Giatmara, kos kos untuk mendalami kemahiran spa seperti rawatan wajah, rawatan badan boleh mencecah kepada ratusan hingga ke ribuan ringgit. Tambahan lagi, biasanya para peserta tidak akan dibekalkan dengan produk ataupun alatan.


Anda boleh cuba cari mana-mana kelas atau kursus SPA di Malaysia ini yang menawarkan harga serendah kami bersama kelebihan dan manfaat yang kami berikan. Kami JAMIN tiada yang lebih murah berbanding kami.


Semak pakej terbaru kami sekarang.
Tak rugi untuk anda mengetahuinya --- KURSUS SPA BERGERAK TERMURAH 2017


BERTINDAK CEPAT

Kenapa anda perlu bertindak cepat?
Saya akan bagitahu sebabnya.

Bermula pada tahun 2015 modal kursus spa ini hanyalah RM250 - RM300
Dan seterusnya meningkat mengekori peredaran ekonomi semasa di Malaysia.

Pakej RM 399
Pakej RM 600
Pakej RM 750
(* Pakej pakej di atas dibuat mengikut kemahiran yang dibekalkan)

Dan kini RM 899 untuk 4 kemahiran asas spa bagi wajah dan badan, produk, kit percubaan dan alatan spa. Siap semua !!

Dan saya pasti harganya akan lebih tinggi lagi mengikut pasaran semasa.
Bertindak sekarang ! Anda akan merasai kelegaan saya apabila saya memikirkan semula saat saya melaburkan RM 350 pada 2 tahun lepas.

Apa-apa pun,
BETTER LATE THAN NEVER kesayangan semua.


WELCOME TO THE WALKING BEAUTY FAMILY

Dan kami disini menantikan anda untuk bersama-sama mencipta legasi dan fenomen spa bergerak tanpa kedai ke seluruh Malaysia. Rebut harga yang masih MAMPU milik ini bersama 4 kemahiran spa yang mampu menjana income tepi tepi sebanyak RM 1600 sebulan ! Tak nak ke nak?


Berminat ? Nak tahu lebih lanjut ?

Terus WhatsApp selaju-lajunya ke 013-2408600

Lebih mudah,
klik sahaja www.wasap.my/60132408600


PERLUKAN TESTIMONI --- INI KATA MEREKA
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 August 2017

Pakej Terbaru Projek Spa Bergerak TWB

Assalammualaikum, salam sejahtera untuk wanita cantik didunia.
Alhamdulillah, bulan Ogos 2017 sudah menjengah!
Bulan baru, buku baru, semangat baru 😘

Dan sekali dengan kedatangan bulan baru ni.
Projek Spa Bergerak dibawah THE WALKING BEAUTY PROJECT juga telah diberikan nafas baru dan penambahbaikan yang sangat-sangat best !!

Kalau sebelum ini, pelbagai pakej yang ditawarkan seperti pengasingan MOBILE SPA dan SELF SPA & BEAUTY PLUS tapi kali ini pakej terbaru yang ditawarkan meliputi keduanya dan lebih terbaik untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan spa diatas nama sendiri dengan modal yang mampu milik dan boleh dikatakan sangat rendah !

Iya, SANGAT RENDAH !

4 DALAM 1
Kemahiran terapi kecantikan akan diajarkan secara teori dan praktikal kepada anda,
ia meliputi 4 jenis kemahiran spa iaitu ---

1) Rawatan wajah termasuk kaedah pengewapan, masker, scrub, urutan 
2) Rawatan badan - scrub 
3) Rawatan badan - mandian
4) Rawatan badan - sauna

Dan yang paling istimewa ialah ilmu dan alatan untuk menganalisa kulit muka pelanggan.
Kesemua ilmu ini anda akan belajar dalam modal yang sangat rendah. 

Masih rasa tak berbaloi?
Sabar. Ada lagi yang anda akan dapat selain ilmu iaitu TRIAL KIT SPA dalam kotak The Walking Beauty yang sangat eksklusif !


















APA YANG ADA DI DALAM KIT EKSKLUSIF INI ?
Headband x 1
Span muka x 2
Berus muka x 1
Mangkuk kecil x 1

Dan tambahan produk penjagaan kulit muka (luar dan dalam) daripada rangkaian produk Shaklee yang pasti selamat, berkesan dan semulajadi. Jangan risau ya.

Cleanser
Make-up Remover
Skrub Herba
Masker Protien
Vivix
Collagen Powder
SR Vita-C Plus




Contoh SKIN ANALYZER yang akan diberikan pada anda secara PERCUMA !
Diulangi, PERCUMA !

APA YANG PERLU SAYA BUAT SETELAH HADIRI KELAS / TRAINING ?
Pada kebanyakkan kelas atau kursus, selepas tamat proses belajar terpulang kepada anda bagaimana anda menyusun pelan tindakan dan strategi anda dengan sendiri. 

Tetapi jangan risau sekiranya anda join projek TWB ini, sebab apa?
Kami takkan biarkan anda terkontang kanting dan hilang arah tuju dalam bisnes spa anda ini -- kami akan beri tunjuk ajar bagaimana anda mampu balik modal dalam masa sebulan sahaja 💏

Anda LAYAK untuk masuk ke dalam group sokongan komuniti TWB bersama tokey tokey spa bergerak yang lain dan berkongsi pelbagai tips, petua dan macam - macam lagi. 

EXTRA benefit (1) anda juga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kesihatan dan nutrisi berkenaan kulit wajah, kecantikan dan kesihatan secara menyeluruh !!

EXTRA benefit (2) perbincangan, perjumpaan santai dan mesyuarat secara berkala akan diadakan untuk berkongsi progres masing-masing.

EXTRA benefit (3) percutian bersama tokey - tokey spa dibawah The Walking Beauty ke luar negara, hasil duit spa tau ! Kami sudah ke Perth (album) dan ke Maldives pada September 2017 nanti. 
-----------------------------------

Jadi bagaimana? Teruja?
Jangan tunggu lagi ya -- daftar sekarang dan sertai kami.

Kami dah dapat menjana pendapatan RM 165 dalam masa 3 jam sahaja dari rumah.
Tak seronok sekiranya kami tak kongsi pengalaman ini kepada anda semua yang mana memang sedang mencari-cari medium untuk menjana pendapatan.

Alang-alang jana pendapatan,
boleh jadi cantik untuk diri sendiri dan suami juga !!

Nadia menanti 10 ORANG sahaja untuk bulan Ogos 2017 ini.
10 ORANG untuk dapatkan ilmu ini pada bulan ini.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran ---
www.wasap.my/60132408600


Kami tunggu,

Nadia Syakila 
Pemilik NS Home Mobile Spa
TWB Beautician & Trainer
013-2408600

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 July 2017

Masalah Jerawat Belakang Badan & Cara Mengatasinya
























Masalah jerawat pada bahagian belakang badan mungkin remeh bagi sesetengah orang akan tetapi ianya serius kerana boleh menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka yang mempunyai masalah ini.

Okey, jerawat adalah tindak balas ataupun reaksi yang timbul akibat daripada akar bulu roma tersumbat dan meradang akibat pengeluaran minyak yang berlebihan.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan kehadiran jerawat di belakang badan,
antara faktor yang sering dikaitkan ialah ;

1. Banyak berpeluh

Antara faktor yang sering dikaitkan adalah berpeluh dengan banyak dan kemudian tidak mengambil berat mengenai kebersihan seperti terus tidur tanpa mandi atau tidak mengelap peluh dengan bersih.

2. Resdung 

Seringkali kita mendengar bahawa kebanyakkan mereka yang tidak tumbuh jerawat pada bahagian muka tetapi mempunyai resdung akan tumbuh di belakang badan. 

3. Pemakanan yang tidak sihat

Terlalu banyak pemakanan yang pedas dan berlemak juga boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.

4. Faktor Hormon

Dan ianya kebanyakkan berlaku kepada kaum wanita yang mana pada belasan tahun. Kerana masih subur dan perubahan hormon yang drastik telah berlaku.



Secara semulajadi, masalah ini dapat diatasi dengan ;

1. Mandi dengan sabun dan gosok kulit dengan lembut menggunakan sabun.

2. Kerap menukar baju lebih-lebih lagi pada mereka yang sering berpeluh dengan banyak.
3. Kurangkan atau hindari makanan pedas dan berlemak.

4. Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran.

5. Jangan picit jerawat yang ada.

6. Kurangkan stress dan tekanan.

7. Bersenam

8. Menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Dan pastikan anda kenal pasti jenis kulit anda sebelum membuat keputusan untuk memakai apa-apa produk penjagaan kulit.


Atau,
anda juga boleh cuba selesaikan masalah jerawat pada belakang anda dengan rangkaian produk Shaklee iaitu Alfafa Complex dan SR Vita C !!


 

Alfafa Complex membantu mengeluarkan dan mengurangkan toksid di dalam badan, manakala SR Vita C membantu mengawal dan mengurangkan minyak pada kawasan permukaan kulit. 

SR Vita C juga membantu melindungi kulit dan memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit dan badan. 

Rangkaian ini sangat menjimatkan kerana mampu digunakan selama 2 bulan ke atas dengan hanya sekali pembelian. 


Semoga bermanfaat. 

--------------------------------------------------

--------------------------------------------------
Untuk apa-apa pertanyaan, hubungi saya ;

Nadia Syakila 

013-2408600
Pengedar Sah Shaklee Melaka & Malaysia
Pemilik Spa Bergerak Melaka

## Dengan setiap pembelian produk Shaklee disini anda layak untuk mendapatkan JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN - TIPS EKSKLUSIF - KONSULTASI PERCUMA - LAYAK DIJEMPUT KE WHATSAPP GROUP NUTRISI KAMI ☺

--------------------------------------------------
--------------------------------------------------

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 July 2017

Awas ! Kenalpasti Tanda-tanda Keracunan Makanan


Antara kata hikmah yang boleh menyentapkan jiwa berkenaan makanan adalah yang sering kita dengar iaitu perut adalah tempat bermulanya penyakit. Pernah dengar? Kata-kata ini sebenarnya menyentap jiwa nadia juga. Iyalah, saya seorang pencinta makanan. 

Bermacam jenis makanan yang ada, dari makanan Melayu, India, Cina - dari dalam ke luar negara. Macam-macam ada. Ada makanan yang sesuai dengan rasa dan perut kita, manakala ada yang tidak. 

Dan ada kala, makanan itu baik - baik sahaja, tetapi mungkin pembuatan dan pemprosesannya menyebabkan ianya menjadi penyakit kepada kita.

Mungkin kerana ubat macam bahan pengawet, pewarna dan sebagainya.
Antara lain pula mungkin makanan yang kita makan tu telah tercemar dengan bakteria atau virus-virus. 

Jadi, mari kita cuba kenalpasti apakah tanda dan gejala keracunan makanan yang selalu ada pada kebanyakkan orang, termasuk nadia sendiri ☺

1. Sakit kepala 

2. Perut memulas dan kejang
3. Cirit birit
4. Mual dan muntah
5. Rasa haus
6. Berpeluh-peluh
7. Rasa senak dan angin


Ini antaranyalah. 
Ada pun lagi yang lebih serius berkemungkinan sehingga ada alergik pada kulit, tiba-tiba pitam atau tidak sedar dan sampai tahap keluar cecair or lendir dari mulut.


.


Dan seterusnya bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit daripada keracunan makanan tu? Antara cara yang boleh diguna pakai gabungan daripada petua dan nasihat doktor ialah ; 


1. Muntahkan apa yang dah dimakan.

2. Bernafas dengan ''deep'' dan perlahan-lahan.
3. Bersihkan mulut sebersihnya.
4. Minum air secukupnya agar tidak terhidrasi.

Dan sekiranya ianya berterusan dan lebih teruk, segera berjumpa dengan doktor ya. Jangan tunggu-tunggu lagi. Macam yang nadia selalu alami ialah doktor akan berikan ubat sakit perut dan keracunan makanan.


Dan paling teruk, kalau betul-betul sakit - doktor akan berikan suntikan tahan sakit dan inshaaAllah selang 2-3 jam ianya akan lega.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. 
Pesanan daripada pesakit sakit perut tegar akibat suka makan apa sahaja ;)
Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 July 2017

Pengambilan Vitamin C Berlebihan Mengundang Maut



Antara vitamin yang penting diperlukan oleh badan kita adalah vitamin C.
Vitamin C diguna pakai bagi melancarkan proses pertumbuhan tubuh, dan dalam masa yang sama ia adalah salah satu vitamin yang penting dalam membina pertahanan dan imun badan. 

Dan yang palik menarik, untuk mendapatkan kulit yang fresh, cantik dan flawless, vitamin C juga menyumbang kepada tekstur kulit yang sihat dan muda.

Sungguhpun begitu, pengambilan / dos vitamin C yang berlebihan membahayakan ! Ia boleh membawa maut. 

Apakah bahayanya?






## Sakit Buah Pinggang ##

Akibat daripada berlebihan vitamin C (yang mana bukan sahaja vitamin C malahan vitamin lain) dan kurang air secukupnya menyebabkan buah pinggang menanggung beban berlebihan. 

## Penyakit jantung ##

## Penyakit diabetes ##

## Cirit - birit dan muntah – muntah

## Tubuh menjadi mudah lemah ##

## Kulit menjadi kemerahan ##


Bahaya bukan?

Jadi, sebelum anda mengambil vitamin C untuk apa - apa tujuan pastikan dos yang diperlukan oleh badan dan pilih vitamin C yang berkualiti, selamat dan semulajadi. 

Terima kasih.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 May 2017

Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Terbuka

Masalah liang pori terbuka adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutamanya wanita, betul?

Nadia juga mengalami masalah yang sama, alhamdulillah walaupun masalah si jerawat dah lama tidak menghadirkan diri dengan pengunaan produk penjagaan kulit (luaran) Shaklee tetapi disebab penjagaan/pengurusan muka yang tidak betul menyumbang juga kepada masalah diatas. Silap sendiri kan? Hihi.

Baiklah, jangan cerita banyak.
Kita tengok apakah cara yang terbaik untuk mengecilkan liang pori muka.

1. BERSIHKAN KULIT MUKA SECARA RUTIN

Ya, inilah yang dikatan penjagaan muka yang baik. Bersihkan wajah kita dengan rutin sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan melebih-lebih dan  jangan pula terlalu sedikit. Faham?

Dan yang paling penting, pastikan kita memilih produk penjagaan muka yang betul. Kena tahu jenis kulit muka anda dan produk yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Tak tahu jenis kulit muka anda?

Apa kata kita buat skin analysis (analisa kulit muka) di Spa Bergerak Melaka. 
Ada orang Melaka? Jom whatsapp nadia untuk temujanji 0132408600.

2. TELUR PUTIH

Telur putih mampu mengecilkan liang pori dan dalam masa yang sama memang berkesan untuk membuatkan kulit kita menjadi sangat lembut dan halus.


Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning.
Ambil telur putih yang telah diasingkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Cubalah !



3. LEMON

Lemon mengandungi astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. 

Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Ambil sebiji buah lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk

Wow. Powerful betul lemon ni kan. Untuk detoks boleh, untuk cantikkan kulit muka pun boleh. Terbaik! 

Tips tambahan ialah kita boleh campurkan putih telur dengan lemon juga untuk hasil yang lebih hebat ;)

4. AIS

Caranya sangat-sangat mudah. Ambil kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain, tanpa kain pun boleh. Kemudian, gosokkan / sapukan ais tadi di sekeliling wajah. 

Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Kesannya dapat dilihat selepad 1-2 minggu. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka. Ini wajib kena cuba! 



5. LIDAH BUAYA (ALOEVERA)
Lidah buaya juga mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Itu kalau bagi yang betul-betul original daripada daunnya.
Tapi kalau tiada, boleh dapatkan mana-mana gel lidah buaya yang sedia ada di pasaran. Oh ya, pastikan berkualiti dan halalan toyyiban ya.
Tambahan lagi, lidah buaya ni sangat mambantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat. Jadi peruntukkanlah masa untuknya tau.




6. TIMUN
Timun ya, bukan mentimun. Baiklah, seperti yang kita tahu timun memang sangat elok dan berkhasiat untuk kulit. Memang timun seringkali digunakan untuk menjadi bahan bagi merelakskan muka.
Cara paling mudah ialah potong dan hiris timun dan diletakkan di kulit muka selama 15 minit. Lagi terbaik kalau kita blenderkan timun ni supaya ianya lebih rata dan serap.


Macam mana?
Senang dan mudahkan, yang penting kena disiplin dan buat.
Kalau tak buat tak dapatlah. 

Selamat mengamalkannya.
Pada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan kulit muka, analisa kulit dan produk penjagaan kulit Shaklee, jom kita pm tepi dengan lebih lanjut.

Sehingga berjumpa lagi,

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign