Followers

8 February 2017

Si Pencuri Masa Bekerja

Assalammualaikum dan hai hai hello untuk semua !
Apa khabar hari ini ? Nadia harap dalam saat anda semua membaca blog ini anda dalam keadaan positif dan tersenyum. Senyum tige tau!

Baiklah, nadia nak ajak buat survey ringkas sikit ni.

Kalau boleh tolong tolong tolong tinggalkan komen pada entri dibawah jikalau anda tergolong dalam golongan yang nadia akan nyatakan ini.

Anda bekerja? Anda makan gaji?
Anda juga berniaga? (Tidak kisahlah secara part time atau full time)

Jika jawapan anda ya. Boleh tolong hulur tangan pada sahabat sejantina?
Nak salam sebab kita sama. Yeay ! Yeay ! Yeay !

Kita sekategori dan sama.
Nadia juga seorang pekerja yang masih bekerja di bawah majikan.
Dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Shaklee nadia ni.




Tak kisahlah apa pun senarai alasan yang kita ada untuk bekerja dan berniaga dalam masa yang sama, nadia pasti salah satunya adalah sebab untuk menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi kita, setuju?


Bagi nadia, bekerja dan dalam masa yang sama berniaga bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita buat. Tapi nadia juga percaya yang ianya tidak susah. Cumanya SANGAT MENCABAR. Dalam pencarian rezeki ni, sebagai orang Islam kita sememangnya sangat bergantung pada KAF BA RA TA ALIF NUN ~ ingat?

Nadia tulis entry ini adalah sebagai muhasabah untuk nadia sendiri dan dalam masa yang sama untuk saling ingat mengingatkan pada anda yang mungkin juga memerlukan peringatan ini.




Menjaga hak sebagai pekerja dan tidak menggunakan masa bekerja untuk berniaga adalah salah satu tanggungjawab kita pekerja. Setuju?

Nadia masa awal-awal dulu masuk kerja, buat juga kesilapan yang sama. Yelah, macam nadia 2 tahun berniaga Shaklee dari rumah masa ikut suami posting then balik semula ke Melaka kerja pulak kan. Jadi ikut suka hati je promosi sana sini kat medium sosial (astaghfirullah) sampailah bos tegur dengan baik. 

Mula-mula tu macam zap! dan sentap tapi bila kita fikirkan semula, one day aku akan jadi bos pada perniagaan aku sendiri, so kita juga taknak pekerja kita buat macam tu kan? Siapa je yang nak. Ha, silakanlah terus mencuri masa dan keberkatan ye !

Jadi cuba dari hari ke sehari untuk belajar membahagikan masa serta cari penyelesaian untuk buat dua benda ni dalam masa yang sama.

Ini adalah CARA DAN TIPS yang nadia sedang guna pakai sekarang.
Mungkin anda boleh follow dan modify yang mana patut dan boleh komen pada nadia untuk penambahbaikan atau ada strategi lagi best okey?




JADUAL WAKTU @ TO DO LIST

Yesza, bagi nadia benda ni adalah core dalam melancarkan urusan kerja dan perniagaan anda. Nadia ada planner yang cantik (custom made by staff tempat kerja untuk semua) yang mana dalam tu ada MONTHLY PLANNER, WEEKLY PLANNER dan DAILY PLANNER. 

Jadinya, memang kita sebagai pekerja cemerlang dan peniaga berjaya kena fulli utilize benda ni. Catat setiap hari apa yang kita perlu buat untuk kerja di waktu pejabat dan apa yang kita kena buat untuk bisnes kita.



BURUNG HANTU BERDISIPLIN

Apa kena mengena dengan burung hantu daaa. Sebenarnya nadia nak cakap, kerja kerja bisnes kita macam nak promosi, nak pm orang, nak tulis blog, nak setel order (yang bukan urgent) semua perlu dilakukan pada waktu malam.

Balik je rumah , tinggalkan semua hal pejabat (AMARAN KERAS DISINI kenalah pastikan dulu semua kerja pejabat selesai kalau boleh dan pastikan masa dipejabat adalah untuk kerja sahajaa) then barulah boleh tinggalkan ye.

Kita je tahu yang kita ni betul 200% tumpu pada hal kerja di pejabat ketika di pejabat tau kalian, so tepuk dada tanya iman ;)
BUFFER SYSTEM

Pergh, ini part paling best. Korang berniaga online? Ada page? Ada instagram?
Ada group yang ada agen or dropship yang korang kena jaga dan motivate selalu. Gunakanlah BUFFER ni untuk korang post macam-macam di medan sosial. Serius ! Sangat membantu !

Nadia memang sangat rely on Buffer ni. Setiap malam nadia akan setup minimum 7 post untuk fb personal nadia. Even ada yang cakap, fb macam akan hide post daripada Buffer, tapi nadia memang gunakan juga. 

Keberkatan tu lebih penting beb.
Mana tahu bila kita jaga keberkatan Allah bagi berganda-ganda order dan beratus customer untuk kita? Allahumma Ameen.
Kalau kat page fb dah memang ada schedule post jadi dah takda masalah, rite?


Dan akhir sekali, nadia bawakan pesanan daripada Optimus Prime.




No sacrifice
No victory

Baiklah, semoga ingatan untuk nadia ini juga menjadi ingatan untuk semua.
Jom kita bekerja keras dari sekarang untuk masa hadapan yang lebih baik.

Nadia doakan anda yang sama macam nadia ni lebih berjaya, kaya dan beriman. Semoga kerja kita terus cemerlang dan bisnes kita terus maju jaya!

Oh ya, tinggalkan komen / link fb bisnes anda.
Mana tahu kalau-kalau nadia perlukan apa yang anda niagakan.

Jangan lupa ADD nadia di FB.
Ingat ya. Ingat SHAKLEE ingat NADIA SYAKILA.

Wassalam ~


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign