Followers

21 February 2017

Testimoni Vivix Membantu Memulihkan Luka

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hai pembaca blog nadiasyakila.blogspot.com - semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria.

InshaaAllah, hari ni nadia nak share tentang Testimoni Vivix dalam membantu memulihkan luka kencing manis dan pembedahan.

Okey, belum tahu pasal Vivix? 
Jom berkenalan dulu dengan Vivix disini - INFO VIVIX

KISAH SEBENAR

Ini adalah kisah sebenar dan testimoni nadia sendiri. Sebenarnya dah lama nak share berkenaan benda ni tapi rasa segan pada mulanya sebab ia seolah-olah umpama personal life yang mengaitkan nadia dan emak yang mana menghidap kencing manis, mild parkinson (tidak boleh berjalan / aktif) sehingga menyebabkan some blister dan luka-luka.

Tapi, nadia tak boleh berdiam diri. Nadia kena bagitahu juga sebab nadia tahu ramai anak-anak kat luar sana yang sangat sayangkan mak ayah diorang dan mungkin juga sedang mencari - cari alternatif untuk membantu memulihkan kesihatan keramat tercinta mereka.



Disebabkan mak nadia terlalu lama terlantar (lebih kurang 2 tahun) jadi darah tidak berjalan dengan baik. Di akhir-akhir hayat mak masa tu luka-luka menyerang. Mulanya macam gatal-gatal dan ianya semakin membesar.

Nadia akan terus kongsi rentetan gambar yang nadia edit untuk korang melihat sendiri perubahan dan proses yang berlaku.

Yang tak boleh tengok luka-luka, better not okey :)



Kedua-dua luka mak terjadi di kedua-dua belah kaki. Sebelah kanan (tidak silap nadia) luka di sebelah jari kecik dan sebelah kiri luka di bahagian tumit.

Bila ada kencing manis, benda yang kita umum tahu ia akan mematikan tisu dan isi kita, jadinya tu yang macam bernanah dan isi itu membusuk. Untuk mengelakkan kuman dan luka merebak, pembedahan buang isi perlu dilakukan.

Sangat risau sebenarnya sebab mak waktu tu sangat lemah. Mak memang tak boleh bercakap, kurang sedar - jadinya pembedahan itu sangat berisiko. Tapi alhamdulillah, mak stabil selepas pembedahan.



Ini adalah kai sebelah kanan yang mana sedikit tulang juga perlu dibuang sebab sudah dijangkiti kuman. Masa ni memang nadia berikan Vivix pada emak selang sehari melalui tiub. Nak sangat luka mak cepat sembuh samada di bahagian ini ataupun pada bahagian-bahagian lain.

Dan sangat bersyukur masa tu bila setiap hari luka mak sangat cantik (bak kata doktor lah) sampailah minggu yang ke tiga - luka yang sebesar-sebesar tu naik isi keseluruhannya.

Walapun masa tu, mak sebenarnya dalam keadaan lemah tapi progress membaikpulih luka menunjukkan penambahbaikan.

Sampailah saat mak pergi menghadap Ilahi pada 2 Januari 2016, luka di kedua-dua belah kaki rata habis. Allahuakbar ! Mak pergi dengan tanpa luka yang teruk atau berdarah. Kering semuanya. Alhamdulillah !



Bagi nadia, Allah jadikan Vivix sebaik-baik penawar sebenarnya. Hebat sangat ciptaan Allah pad Vivix Shaklee. Nadia memang cadangkan 200% pada anda yang tercari-cari atau nak usaha nak berikan yang terbaik kepada orang-orang yang anda sayang. 

InshaAllah, VIVIX adalah produk premium Shaklee yang selamat, berkesan dan semulajadi. 

Nadia sangat berbesar hati menanti anda sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan berkenaan produk Shaklee yang sangat hebat ini dengan izin Allah.

Nadia tunggu okey.
Boleh hubungi nadia melalui WhatsApp (0132408600) 
Semestinya perhatian istimewa dan konsultasi yang terbaik akan diberikan kepada para pelanggan nadia ;)


Boleh kalau nadia nak minta juga jasa baik pembaca blog nadia ni?
Doakan semoga emak nadia ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman.
InshaaAllah - Al Fatihah.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign