Followers

21 May 2017

Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Terbuka

Masalah liang pori terbuka adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang terutamanya wanita, betul?

Nadia juga mengalami masalah yang sama, alhamdulillah walaupun masalah si jerawat dah lama tidak menghadirkan diri dengan pengunaan produk penjagaan kulit (luaran) Shaklee tetapi disebab penjagaan/pengurusan muka yang tidak betul menyumbang juga kepada masalah diatas. Silap sendiri kan? Hihi.

Baiklah, jangan cerita banyak.
Kita tengok apakah cara yang terbaik untuk mengecilkan liang pori muka.

1. BERSIHKAN KULIT MUKA SECARA RUTIN

Ya, inilah yang dikatan penjagaan muka yang baik. Bersihkan wajah kita dengan rutin sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan melebih-lebih dan  jangan pula terlalu sedikit. Faham?

Dan yang paling penting, pastikan kita memilih produk penjagaan muka yang betul. Kena tahu jenis kulit muka anda dan produk yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Tak tahu jenis kulit muka anda?

Apa kata kita buat skin analysis (analisa kulit muka) di Spa Bergerak Melaka. 
Ada orang Melaka? Jom whatsapp nadia untuk temujanji 0132408600.

2. TELUR PUTIH

Telur putih mampu mengecilkan liang pori dan dalam masa yang sama memang berkesan untuk membuatkan kulit kita menjadi sangat lembut dan halus.


Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning.
Ambil telur putih yang telah diasingkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Cubalah !



3. LEMON

Lemon mengandungi astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. 

Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Ambil sebiji buah lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk

Wow. Powerful betul lemon ni kan. Untuk detoks boleh, untuk cantikkan kulit muka pun boleh. Terbaik! 

Tips tambahan ialah kita boleh campurkan putih telur dengan lemon juga untuk hasil yang lebih hebat ;)

4. AIS

Caranya sangat-sangat mudah. Ambil kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain, tanpa kain pun boleh. Kemudian, gosokkan / sapukan ais tadi di sekeliling wajah. 

Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Kesannya dapat dilihat selepad 1-2 minggu. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka. Ini wajib kena cuba! 



5. LIDAH BUAYA (ALOEVERA)
Lidah buaya juga mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Itu kalau bagi yang betul-betul original daripada daunnya.
Tapi kalau tiada, boleh dapatkan mana-mana gel lidah buaya yang sedia ada di pasaran. Oh ya, pastikan berkualiti dan halalan toyyiban ya.
Tambahan lagi, lidah buaya ni sangat mambantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat. Jadi peruntukkanlah masa untuknya tau.




6. TIMUN
Timun ya, bukan mentimun. Baiklah, seperti yang kita tahu timun memang sangat elok dan berkhasiat untuk kulit. Memang timun seringkali digunakan untuk menjadi bahan bagi merelakskan muka.
Cara paling mudah ialah potong dan hiris timun dan diletakkan di kulit muka selama 15 minit. Lagi terbaik kalau kita blenderkan timun ni supaya ianya lebih rata dan serap.


Macam mana?
Senang dan mudahkan, yang penting kena disiplin dan buat.
Kalau tak buat tak dapatlah. 

Selamat mengamalkannya.
Pada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan kulit muka, analisa kulit dan produk penjagaan kulit Shaklee, jom kita pm tepi dengan lebih lanjut.

Sehingga berjumpa lagi,


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign