Followers

10 July 2017

Awas ! Kenalpasti Tanda-tanda Keracunan Makanan


Antara kata hikmah yang boleh menyentapkan jiwa berkenaan makanan adalah yang sering kita dengar iaitu perut adalah tempat bermulanya penyakit. Pernah dengar? Kata-kata ini sebenarnya menyentap jiwa nadia juga. Iyalah, saya seorang pencinta makanan. 

Bermacam jenis makanan yang ada, dari makanan Melayu, India, Cina - dari dalam ke luar negara. Macam-macam ada. Ada makanan yang sesuai dengan rasa dan perut kita, manakala ada yang tidak. 

Dan ada kala, makanan itu baik - baik sahaja, tetapi mungkin pembuatan dan pemprosesannya menyebabkan ianya menjadi penyakit kepada kita.

Mungkin kerana ubat macam bahan pengawet, pewarna dan sebagainya.
Antara lain pula mungkin makanan yang kita makan tu telah tercemar dengan bakteria atau virus-virus. 

Jadi, mari kita cuba kenalpasti apakah tanda dan gejala keracunan makanan yang selalu ada pada kebanyakkan orang, termasuk nadia sendiri ☺

1. Sakit kepala 

2. Perut memulas dan kejang
3. Cirit birit
4. Mual dan muntah
5. Rasa haus
6. Berpeluh-peluh
7. Rasa senak dan angin


Ini antaranyalah. 
Ada pun lagi yang lebih serius berkemungkinan sehingga ada alergik pada kulit, tiba-tiba pitam atau tidak sedar dan sampai tahap keluar cecair or lendir dari mulut.


.


Dan seterusnya bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit daripada keracunan makanan tu? Antara cara yang boleh diguna pakai gabungan daripada petua dan nasihat doktor ialah ; 


1. Muntahkan apa yang dah dimakan.

2. Bernafas dengan ''deep'' dan perlahan-lahan.
3. Bersihkan mulut sebersihnya.
4. Minum air secukupnya agar tidak terhidrasi.

Dan sekiranya ianya berterusan dan lebih teruk, segera berjumpa dengan doktor ya. Jangan tunggu-tunggu lagi. Macam yang nadia selalu alami ialah doktor akan berikan ubat sakit perut dan keracunan makanan.


Dan paling teruk, kalau betul-betul sakit - doktor akan berikan suntikan tahan sakit dan inshaaAllah selang 2-3 jam ianya akan lega.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. 
Pesanan daripada pesakit sakit perut tegar akibat suka makan apa sahaja ;)
Wassalam.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign