Followers

13 August 2017

A Walk to Remember

Assalammualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh,
Selamat hari cuti dan salam hari ahad 😉

Hari ini nadia kena on call untuk ke pejabat,
selain kursus untuk organisasi dan program atau seminar untuk pelajar peperiksaan UPSR / PT3 / SPM - syarikat yang nadia bekerja ni pun buat sewaan bilik seminar di Melaka.

Disebabkan tiada kakitangan lain bertugas, jadi kita kenalah bertugas 😍 Its okay its alright sebab dapatlah kita rezeki lebih.

Walaupun mata memang mengantuk sangat ni, tapi kita kuatkan diri kita dan untuk cuba hilangkan mengantuk tu - mari kita berblogging.

Lama betul tak tulis post pada diri sendiri dan dalam erti kata lain aktif kat blog ni ha. Meh hari ini, nadia nak cerita pasal nadia - alah macam laporan terkini dan sensasi lah.

AKU TANYA APA KHABAR
Alhamdulillah, nadia dalam keadaan sihat dalam masa setahun dua ni. Banyak benda yang berlaku tapi Alhamdulillah tahap kesihatan dalam keadaan baik. Cumanya sekarang ni dalam usaha untuk turunkan berat LAGI dan berusaha untuk dapatkan anugerah zuriat.

Tahun 2016 berlalu dengan baik walaupun pada awal tahun - tarikh keramat 2 Januari 2016, mak nadia yang tercinta telah pulang ke pangkuan Ilahi.

Kemudian, nadia menyambungkan pelajaran untuk ambil Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 di dalam bidang Solekan dan Terapi Kecantikan selama 6 bulan.

Selepas habis pengajian, nadia ambil keputusan untuk bekerja kembali makan gaji dengan syarikat pertama nadia bekerja --- well, sebenarnya kalau difikirkan kembali sekarang ini rasanya pilihan nadia waktu itu agak kurang tepat -- takpelah, kita kena teruskan apa yang kita dah kita putus kan  ðŸ˜‰

Dan di penghujung tahun 2016 pula ditutup dengan kisah tuan suami yang telah tamat perkhidmatan sebagai tentera yang mana - InshaaAllah - nadia akan kongsi perasaan dan perancangan kami berkenaan ini.

Sebelum Tahun 2017 masuk menjengah, nadia dah pasakkan dalam minda nadia bahawa tahun 2017 dan tahun 2018 adalah tahun struggle dan bekerja kuat untuk kami suami isteri bagi menstabilkan kehidupan kami.

Banyak sangat impian kami untuk 3 tahun akan datang, dan usaha itu akan kami mulakan dari sekarang. Boleh awak doakan untuk kami ? Alhamdulillah. Dan sekarang kami sedang berusaha sesungguhnya 😍

APA YANG NADIA BUAT SEKARANG ?
Okey, sekarang ni nadia memegang jawatan sebagai Eksekutif Operasi dan Pemasaran di JRS Training and Event Management PLT di Ayer Keroh Melaka. Bidang tugas memang banyak sebab ianya syarikat kecil yang sedang membesar. Penat? Mestilah tetapi kena selalu positif dan pasak dalam minda yang ini semua adalah pengalaman yang sangat berguna untuk nadia di masa hadapan nanti.

Dalam masa yang sama sedang mengembangkan Projek Kursus Spa Bergerak -- korang boleh tengok blog ini  PROJEK SPA BERGERAK by The Walking Beauty -- dan juga menjadi trainer bagi negeri Melaka.

Dan lagi sedang mengembangkan perniagaan Shaklee nadia yang nadia join sejak tahun 2014 lagi, inshaaAllah. Nak order produk Shaklee boleh la roger nadia ye, hihi.

Ini lah kehidupan nadia sekarang ini, menggunakan semua medium di atas untuk cari rezeki yang halal, membantu tambah nilai pada kehidupan orang lain dan bekerja untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT - mudah mudahan, amin ya Allah.


PERANCANGAN MASA HADAPAN
Nadia merancang (dengan izin Allah) beginilah kehidupan nadia dalam masa 2 tahun lagi sebelum menjadi WORKING AT HOME MUMMY yang solehah dan kaya. Itu memang impian nadia lah. InshaAllah ya.

Nak mengembangkan organisasi Shaklee,
nak besarkan lagi empayar NS Home Mobile Spa,
nak beli rumah - rumah,
nak travel bersama keluarga,
dan banyak lagi.

Doakan yah?
Terima kasih.

 

♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign