Followers

12 November 2017

Dilema Makan Gaji

Assalammualaikum,
hai semua - selamat malam nadia ucapkan.

Malam ni nadia nak bercerita tentang apa yang nadia rasa.
InshaAllah, tiada kena mengena dengan kehidupan orang lain, mahupun merujuk kepada majikan majikan tertentu. Its just a point of view daripada nadia sendiri. 






















Kita bekerja untuk menyara diri sendiri mahupun keluarga.
Wang bukanlah segala-galanya, tetapi kebanyakkan yang segala-galanya tu memerlukan wang. Setuju?

Kebanyakkan bekerja adalah sebab duit. Bila kita kerja kita akan dibayar gaji. 
Tak kisahlah kerja makan gaji atau kerja sendiri. Tapi hari ini nadia sekadar nak berkongsi dilema seorang yang makan gaji. Mungkin betul, mungkin tidak. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak. 

Nadia serahkan pada korang masing - masing. 
Dah, jom kita tengok carta hits dilema makan gaji.

1. POLITIK PEJABAT
Tak kisahlah kakitangan sesuatu syarikat itu banyak atau tidak. Sekiranya ada orang seperti kaki dengki, pengampu dan sebagainya - nak atau tidak kita pasti akan terbabit juga dengan politik pejabat yang mana mungkin boleh memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri atau orang di sekeliling. 

Tapi tidak dinafikan, ada juga syarikat yang sangat menjaga persekitaraan atau nuansa pejabat supaya sentiasa berada di dalam zon positif. 

2. KEBEBASAN MASA
Ya, kebebasan masa yang terhad. Mungkin perlu kerja over time, mungkin perlu kejar target menyebabkan kita perlu kerja di luar waktu kerja. Dan ya, ia berkait rapat dengan cuti. 

Untuk mereka yang memang bekerja pejabat atau makan gaji sepenuh masa - tidak ada masalah yang agak kritikal di situ, tetapi bagi mereka berniaga atau ada sumber pendapatan lain, mungkin agak sibuk dan penat berbanding mereka yang fokus pada satu satu kerja.

3. DISIPLIN
Makan gaji lebih mengajar makna “selamat” manakala berniaga pula lebih mengajar seseorang untuk lebih berdisiplin. Disiplin akan menjadi perkara yang amat penting kerana apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan merasa kesannya, baik negatif ataupun positif (Safuan Borhan, 2016)

Sangat sangat betul. Bekerja dan berniaga dalam satu masa yang sama sangat memerlukan disiplin yang sangat sangat sangat tinggi. Waktu kerja adalah waktu dah hak kepada majikan manakala waktu rehat, waktu cuti adalah waktu kita dan itulah waktu berniaga - nadia sedang melalui fasa ini. Doakan ya !























4. PENDAPATAN
Bagi orang makan gaji, pendapatan adalah tetap. Kemungkinan ada yang mengikut komisen atau target tapi kita boleh mengagak gaji yang akan diperolehi pada hujung atau awal bulan. 

Pendapatan orang kerja sendiri sentiasa berubah ubah mengikut usaha dan rezeki. Perlu bekerja dengan lebih untuk menentukan gaji sendiri. 

5. BOS @ MAJIKAN 
Sudah pastilah kalau bekerja sendiri, kita sendiri yang akan jadi bos. Semua keputusan di tangan kita. Tak ada siapa yang kawal apa yang kita perlu buat atau apa yang kita nak buat. Lain pula dengan makan gaji, itu ini ditentukan oleh orang atasan, kita cuma menurut (Safuan Borhan, 2016). 



















Tiada yang betul tiada apa yang salah. 
Semua adalah pilihan dan impian masing-masing. 

Ada je diantara sahabat sahabat rapat nadia yang memilih untuk bekerja makan gaji dan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam kerja bagi mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji. Bagi mereka itu adalah kepuasan dan pencapaian yang mereka inginkan.

Macam nadia sendiri, nadia lebih memilih kepada untuk bekerja sendiri, membina empayar sendiri, mendapatkan kebebasan masa, kebebasan wang, sentiasa bekerja di mana sahaja - sebab perniagaan bukan macam kerja boleh off dan on dan dalam masa yang sama sentiasa berada di sisi suami dan anak-anak. 

Nadia sedang berusaha. 
Masih bekerja untuk membayar segala hutang piutang dan mengumpul simpanan sebelum nadia berhenti kerja. Dan dalam masa yang sama sedang menjalankan bisnes Shaklee dan paling best PROJEK SPA BERGERAK nadia secara separuh masa bersama dengan hasil yang sangat lumayan dan projek ini sangat simple !

Nadia ada target dan to do list yang nadia perlu buat sebelum hantar surat berhenti kerja kepada majikan. InshaAllah, doakan MISI 2018 nadia berjaya.

Till then.
Semoga dipermudahkan !


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk Shaklee yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah. Kesan juga berbeza keatas individu.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign