Tumbiruo : Penunggu Rimba

10:00 am

Assalammualaikum, 

Hai korang - terima kasih sebab sudi singgah dan tinggalkan jejak kat blog Nadia ni. 
InshaaAllah, hari ini nak buat review sikit berkenaan dengan Filem Tumbiruo ni. 

Sebenarnya, karya dan novel Ramlee Awang Murshid memang terkenal seingat Nadia dari zaman Nadia kat universiti lagi. Tapi sejak Nadia puasa novel akibat terlalu taksub dengan novel Nadia memang tak baca langsung dan beli novel. 

Walaupun teringin sangat. 
Daku jeling je rak novel kalau masuk kedai buku - setakat baca sinopsis lepas tu tepuk dada cakap sabar, belum masanya lagi. 

Okey.
Berbalik kepada filem ini - yang nak tengok sangat itu adalah tuan suami.
Beliau memang sukakan cerita aksi Melayu ni. Jadi pergi lah kita.


Secara keseluruhan, Nadia bagi 8.9 / 10.
Nadia takde apa-apa komen sebab Nadia buat review berdasarkan filem ini semata-mata, 
sebab tak pernah baca pun buku dia kan. Jalan cerita menarik walaupun ada yang macam tak make sense yang tang cermin mata Nabila elok bagai tapi handphone retak seribu dan beberapa scene yang nampak macam tak real. Just my 20 cents - Abaikan. 

Tapi I still can follow the movie. 
Jadi korang pon dah ada yang tengok ke? Kalau ada dan buat review - jangan lupa tepek kat komen okey. 

Apapun, lakonan Zul , Farid dan Nabila memang terbaik. 
Tahniah tahniah tahniah.

You Might Also Like

0 comments