10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

5:43 pm


Daripada wanita biasa kepada wanita bekerjaya,
seterusnya jurukecantikan dan menjadi pengusaha spa bergerak atas nama sendiri dan kini - dengan izin Allah - sudah bergelar sebagai Confinement Lady.

Satu lagi penambahbaikan dan peningkatan ilmu yang telah dibawakan di dalam projek spa bergerak The Walking Beauty iaitu Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin. 

Kalau entri lepas, nadia ada kongsikan kenapa anda-anda diluar sana perlu berfacial @ berspa dengan tim TWB di tempat anda - Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB ! Hari ini nadia nak kongsikan pula 10 sebab kenapa anda perlu memilih untuk mendapatkan pakej berpantang dengan kami !

Teruja untuk tahu sebelum booking slot ?
Meh kita tengok sebab - sebabnya.


SATU
CL YANG BERTAULIAH DAN BERPENGETAHUAN

Ahli-ahli TWB yang ingin mengembangkan perkhidmatan spa bergerak dengan menyediakan pakej berpantang dan penjagaan selepas bersalin ini perlu melalui kursus yang mana merangkumi bukan sahaja teori malahan praktikal. 

Tenaga pengajar yang disediakan pula, telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidan penjagaan berpantang ini. Kursus 1 hari sepenuh masa dimanfaatkan sebaiknya dengan tenaga pengajar menekankan mana mana slot perkhidmatan yang penting dan crucial untuk dipelajar seperti mengurut serta menguruskan bayi. 

Bukan itu sahaja, kursus susulan dan ulangkaji dibuat untuk memantapkan para CL untuk lebih yakin dan biasa dengan perkhidmatan yang bakal disediakan. Setiap prosedur dan langkah-langkah akan dinilai oleh tenaga pengajar sendiri. 



DUA
PRINSIP BERPANTANG GABUNGAN TRADISIONAL DAN MODEN 

Ini bahagian atau sebab yang nadia pasti ramai wanita suka. 
Dalam zaman sekarang ni, kalau kita lihat - macam macam hujah ada. 
Yang tak nak berpantang, dengan hujahnya begitu begini. 
Yang memang patuh dengan tradisi berpantang turun temurun pula hujahnya lain pula. 

CL daripada tim TWB mengambil pendekatan yang merangkumi tradisional dan moden. Kami gabungkan supaya ia nampak sederhana tapi dalam masa yang sama memberi kesan kepada si ibu dan bayi bukan sahaja secara fizikal malahan mental. 

Urutan yang simple tetapi kena pada titiknya. Pemakaian bengkung dikekalkan tetapi tidak perlu memakai sepanjang hari. Penggunaan param / tapel / pilis gabungan moden dan tradisional yang tidak membusukkan dan macam - macam lagi. 

Kena hubungi kami sendiri atau pun rasa sendiri baru tahu perbezaannya ;)


TIGA
PAKEJ YANG DITAWARKAN LENGKAP

Sudah pasti bila kita memilih pakej, kita akan lebih memilih pakej lengkap. Betul? Pakej yang dikeluarkan oleh tim TWB untuk pantang dan penjagaan bersalin meliputi penjagaan ibu dan bayi serta konsultasi penyusuan.

Menu pantang juga boleh disediakan sekiranya mahu. 
Set berpantang dan menyusu Shaklee juga diberikan bersama konsultasi. 

Dan yang paling best, setiap pakej kami boleh diubah dengan budi bicara.
Jangan risau ;)


EMPAT
PRODUK YANG SEMULAJADI, BERKESAN DAN SELAMAT

Untuk produk luaran seperti mengurut, param / pilis / tapel ataupun mandi herba dan sebagainya menggunakan bahan bahan semula jadi seperti manjakani, daun pandan, daun sireh, daun mengkudu, lada hitam, minyak kelapa dan pelbagai lagi. 

Manakala, untuk dalaman - kami berikan set pantang dan menyusu Shaklee yang mana diketahui berkualiti, berkesan dan semulajadi. 

Ia memberi manfaat kepada ibu dan anak melalui susu ibu.



.
.


LIMA
HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN BERPATUTAN DAN MAMPU MILIK

InshaAllah, harga pakej yang tim TWB - CL tawarkan berpatutan dan mampu milik.
Perkhidmatan yang diberikan juga akan diberikan dengan sepenuh komitmen dan sehabis untuk para pelanggan iaitu ibu dan juga bayi.


ENAM
MENGUTAMAKAN KESELESAAN DAN KEADAAN IBU SERTA BAYI

Ini nadia perlu highlightkan kerana setiap ibu yang melahirkan mempunyai keadaan yang berbeza-beza. Contohnya yang menjalani proses ceaserian dan yang normal. Keadaan yang berbeza ini menentukan perkhidmatan atau teknik penjagaan yang berbeza. 

Jadi sebagai CL kami perlu melihat dan memberikan perkhidmatan sewajarnya dan sebaik-baiknya mengikut keadaan ibu. Seperti contoh urutan yang diberikan kepada ibu bersalin normal tidak sama dengan ibu bersalin ceaser. 

TUJUH
SISTEM YANG TERATUR - TEMPAHAN YANG MUDAH

Setelah anda yakin untuk mengambil perkhidmatan kami, urusan mudah dan biasa akan dijalankan. Sistem deposit yang tidak membebankan, sistem bayaran ansuran dan tempahan semuanya akan direkodkan. 

Dalam masa yang sama, sekiranya ibu memaklumkan sudah melahirkan dan masih di hospital - biasanya kami akan menziarahi ibu ;)


LAPAN 
Tim TWB Confinement Lady ada di seluruh Malaysia

InshaAllah, seperti mana ramainya dan bestnya tim TWB Mobile Spa ada diseluruh Malaysia - begitu jugalah dengan Confinement Lady TWB. 

Ada juga CL TWB yang boleh merantau ke negeri terdekat seperti Melaka  - Seremban - Nilai - Muar untuk memberikan perkhidmatan penjagaan selepas bersalin dan berpantang ini. 

Jadi, kalau anda melahirkan - jangan lupa hubungi kami atau nadia ya :)
Dan nyatakan tempat anda sekali ya.

Pelanggan pakej penutup pantang merangkap kawan baik sejak dari darjah 1 tau :)

SEMBILAN
PAKEJ PENUTUP PANTANG

Istimewanya kami di TWB, kami juga menyediakan pakej penutup pantang kepada ibu ibu yang dah selamat berjihad menghabiskan pantang mereka selama 44 hari atau pun 100 hari (terpulang kepada ibu-ibu).

Pakej penutup pantang yang disediakan meliputi ;

 Tangas kering @ basah 
 Urutan satu badan
 Skrub satu badan 
 Mandian aura bunga
 Normal facial 



SEPULUH
MEMPERKASAKAN EKONOMI WANITA 

Aik, apa kena mengena ambil pakej pantang TWB tapi memperkasakan ekonomi wanita ini?
Betullah, korang tak salah baca pun.

Bila anda ambil pakej dengan CL dari TWB, secara tidak langsung anda membantu memperkasakan ekonomi wanita wanita hebat yang ada dalam TWB ini. Lebih lebih lagi yang ibu tunggal atau isteri yang memang sedang membantu untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah. 

Terima kasih nadia nak ucapkan dulu lah.

Dan kalau anda juga sebagai ibu selepas melahirkan boleh juga be part of our team tau. Boleh review sikit our projek kat sini KURSUS BERPANTANG.

.
.
.

Hah. Selesai pun dengan 10 sebab kenapa anda perlu ambil pakej berpantang TWB dengan nadia mahupun kawan-kawan ya. 

Yang bermanfaat, boleh disampaikan pada mereka-mereka yang mungkin tercari-cari atau anda sendiri yang bakal melahirkan.

Untuk ibu - ibu yang tinggal di Melaka? 
Dah ada ke belum? Kalau belum cecepat whatsapp nadia dan tengok ig untuk pakej terbaru okey. 

Sehingga kita bertemu lagi di post seterusnya.
Wassalam !

You Might Also Like

0 comments