Ujian

12:27 am


Assalammualaikum,
semoga anda (yang sedang membaca tu) dalam keadaan sihat dan ceria. 

Nadia nak kongsi sikit cerita yang berlaku pada nadia sejak bulan lepas. Allah uji nadia dengan pelbagai ujian bagi penutup 2018 ni. Antaranya ujian kesihatan. 

InshaAllah, ujian Allah tanda sayang.
Tanda tarbiyah pada nadia. Nadia terima dan belajar daripadanya. 

Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lepas nadia telah dimaklumkan pada doktor bahawa hasil dari ujian darah - nadia menghidapi salah satu penyakit yang sinonim dengan rakyat Malaysia. 

Alhamdulillah,
dapat pemantauan yang baik oleh doktor dan dalam masa yang sama meneruskan rutin pengambilan makanan tambahan daripada Shaklee yang diperlukan. 

.
.

Awal awal dapat tahu, memang risau.
Yelah, sakit kot walaupun tak menganggu fungsi seharian.

Cuma kat sini nadia nak kongsikan pada kawan kawan sekalian, sekarang tengah sihat kan, tolong jaga ia sebaik mungkin. 

Jaga makan.
Be aktif. 
Jaga gaya kehidupan. 

Dan bersederhana dalam semua perkara, nak nak dalam bab makan 💪

.
.

Seminggu terkini,
diuji lagi, kawasan ari-ari berdenyut denyut dan rasa sengal. 

Masih menanti keputusan. 
Moga tiada yang membahayakan. 
Doakan ya.

Doakan nadia sihat.
Doakan nadia istiqamah dalam perubahan yang nadia sedang lakukan. 

Amin ya Allah. 
Wassalam.

You Might Also Like

0 comments