Followers

31 March 2018

Saat Magika Bersama TWB



Assalammualaikum, 
Semoga kalian dalam keadaan sihat, ceria dan cantik selalu. 

Setelah lama kita tak update apa - apa post, hari ini Nadia nak kongsi dengan korang semua tentang MAGIK ! Aish, tiba-tiba otak teringatkan lagu I've Got Magic in Me. Yes ! Macam itulah keadaan nadia saat ini. 

I've got a Magic in Me.

Alhamdulillah, tahun 2018 ni sudah masuk tahun ke tiga Nadia bersama projek TWB. Dari awal dan hingga kini dan mudah-mudahan sampai bila-bila. 

Kenapa Nadia masih setia?
Ha, inilah yang nadia nak kongsikan. Bila saat magika menerpa dan menyinar kedalam diri, ia umpama Cinderella bertukar menjadi Puteri. 


Tahun keramat sekitar 2015.
Tahun ini adalah titik permulaan perkenalan dengan projek The Walking Beauty yang telah diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad (MAS). Waktu tu Nadia menetap di Johor dan apabila mendapat jemputan yang terlalu istimewa ini daripada MAS, dengan izin Allah, Nadia tak lepaskan peluang ini dan terus menjadi ahli The Walking Beauty batch pertama waktu itu. 

Bila campak belakang balik ingat saat masa tu, 
sesama ahli TWB masih boleh kenal mengenali antara satu dengan lain, 
setiap kali gathering pun kita akan kerap bertemu dengan orang yang sama, 
dan sekarang. Allahuakbar ! Terlalu ramai wanita wanita istimewa dan terpilih menyertainya dengan niat dan matlamat yang sama. 


Saat ini adalah waktu pertama kali latihan di rumah MAS, 
bersama dengan Ayu dari Melaka.

Oh, tak sangkanya boleh terjebak dalam dunia kecantikan dan kesihatan.
Nadia tak pernah terfikir pun !


 

Dan saat magika Nadia bersama TWB bermula setelah saat itu daripada pelbagai aspek. Mental mahupun fizikal, ianya menyeluruh !

-
-
-

SENTUHAN MAGIKA TWB #1
KEYAKINAN DIRI

Nadia sendiri tak menyangka, seorang wanita berusia 25 tahun (ketika itu) seorang suri rumah tidak bekerja, seorang yang gem.... (sambunglah sendiri) boleh join projek cantik dan spa. Berkali-kali memikirkan.

Ada ke orang nak spa dengan aku?
Ada ke orang nak jadikan aku cikgu untuk ajar diorang buka spa?

Dan ya. Dengan nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan oleh MAS dan juga ahli-ahli TWB yang lain, dengan projek ini dengan izin Allah sambil kita belajar, kita juga berkongsi ilmu tersebut pada mereka yang baru. Ada pelanggan spa, ada juga agen spa. Belajar benda-benda baru, macam mana nak cantikkan diri dengan apa adanya kita, dan macam-macam lagi. 

Beautiful. Its abstract.
Ciptaan Allah, sangat cantik. 
Setuju?



SENTUHAN MAGIKA TWB #2
ILMU

Ye, betul. Ilmu tentang kesihatan, kecantikan, nutrisi, perniagaan, hartanah, apa lagi? Pemasaran, teknik menulis, teknik follow up. eh. Berderet ni kang kalau Nadia nak senaraikan. 


Selepas nadia menyertai TWB, nadia buat keputusan untuk sambung belajar dalam bidang spa dan estetik di salah sebuah institusi kemahiran di Malaysia.

Ya, memang nadia dapat pelbagai informasi. Kemahiran yang diberikan pun memang tip top. Tetapi setelah habis pengajian, semua perlu kuat dan bergerak sendiri. Ia ada sertakan peluang-peluang selepas tamat pengajian, tapi kalau tak rebut, memang kena bergerak sendiri. Tiada mentor dan kawan-kawan yang boleh sokong kita dan tempat untuk kita brainstorm teknik atau idea. 

Tapi inshaaAllah, dengan TWB - bilamana anda menyertainya, semuanya disediakan. Tinggal follow dan yakin !

Inilah istimewanya TWB ni tau.



SENTUHAN MAGIKA TWB #3
TARAF HIDUP (EKONOMI & SOSIAL)


Perniagaan spa bergerak adalah salah satu perniagaan yang boleh dikategorikan sebagai magnet duit. Siapa taknak cantik oi? 

Cuba tengok sekarang, lambakan produk kecantikan kan?
Macam macam ada. Putih, gebu dan sebagainya. 

Istimewanya TWB adalah perkhidmatan spa bergerak yang disediakan untuk menghargai kaum kaum wanita tidak kisahlah isteri, ibu, bujang - kerja atau tidak kerja menikmati ME-TIME mereka. Dimana sahaja. 

Dan dalam masa yang sama, menyertainya membantu wanita-wanita juga untuk menjana pendapatan (juga dimana sahaja) secara sepenuh masa atau separa masa dan projek TWB ni mempunyai 5 penjuru income tau. Wow kan?



Berkenalan dengan kawan-kawan baru daripada pelbagai negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) dan pelbagai latar belakang bukankah menyeronokkan? 

Banyak sangat faedah dan manfaat tatkala kita menjalankan silaturahim ni bukan? Hmmmh, semua orang tahu betapa syoknya ada kenalan baru dan baik, ceria (inshaAllah) di TWB. 

Sangat best!
Nah, korang tengoklah sendiri betapa seronoknya kami.

-
-
-

Dan berikutlah sentuhan @ saat magika yang Nadia sendiri rasa bersama TWB.
Sebenarnya ada banyak sangat aspek tau. Tapi nadia taknaklah cerita semua kat sini, nak buat ala-ala elemen tertanya-tanya. Hehe. 

Antaranya adalah, ahli ahli TWB akan bercuti setahun sekali keluar negara untuk wanita sahaja bagi ME-TIME. Asyik penat dengan kerja, rumah dan kelas je kan. Syiokkkan korang? 

(Alah, terkongsi jugak)

SENTUHAN MAGIKA TWB #4
ME - TIME FOR SPECIAL WOMEN





Okeylah. Dah tak tertanya-tanyakan?
 Sampai sini dulu perkongsian Nadia ya. 
Selamat merasai keterujaan kami dan moga Allah jadikan cikpuan @ puan yang sedang membaca entri Nadia ni - salah seorang ahli TWB di masa hadapan dan terdekat ini. Allahumma Ameen. 

Sehingga ketemu lagi !
Wassalam.



♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk Shaklee yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah. Kesan juga berbeza keatas individu.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign