5 SEBAB SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES

7:30 am


Assalammualaikum, salam hari Rabu :)
Nadia doakan semuanya dalam keadaan ceria dan sihat. Fuh, hari ini betul betul penat sebab ada back to back penjagaan berpantang untuk 2 orang klien dan selepas tu ada urusan ke bangunan bangunan kerajaan pula, sampai rumah terus khidmat diri dan masak 💪 Beginilah kehidupan seorang suri rumah yang berkerja sendiri. Penat, letih tapi nadia rasa sangat bebas! Sebab kita yang susun masa kita. Yang penting kena disiplin, inshaAllah. 

Baiklah, berbalik kepada tajun entri hari ini. Nadia nak kongsi dan cerita sikit daripada pandangan nadia, kenapa suri rumah wajib buat bisnes ! Ada 6 sebab , jom kita belek satu persatu.


Ini antara sebab utama para suri rumah berniaga, setuju? Meningkatkan taraf ekonomi ni asasnya adalah mencukupkan keperluan keluarga. Ada keluarga, keperluan pun tidak mencukupi atau paras-paras je - jadi peluang untuk berniaga sangat digalakkan. Bila keperluan dah mencukupi, kehendak pun dah boleh nak di lunaskan maka sedikit sebanyak ia membantu membentuk keluarga bahagia. 
Tak gitu?


Hari ini, Malaysia digemparkan dengan penutupan atau pemberhentian operasi Utusan Melayu. Nadia tengok kat berita tadi - sebanyak 800+ lebih kehilangan kerja. Jom kita doakan untuk mereka ya. Inilah yang dimaksudkan dengan sebab kenapa suri rumah wajib buat bisnes. Apa bila terjadi macam ni, kita mungkin dapat membantu suami sedikit sebanyak. Seorang usahawan atau peniaga yang bermula daripada bawah akan sentiasa berusaha dan mencari alternatif untuk mencapai matlamat atau target jadinya dalam keadaan sukar pun, nadia yakin dan percaya kita boleh tanganinya dengan izin Allah. Kita wanita, kuat dan tabah 💪


Siapa lagi kita nak bantu kalau bukan suami. Susah senang bersama, mana yang lubang, kita tutupkan. Dan kita tidaklah asyik menunggu duit suami je ye kan? Kita ada duit kita sendiri dan sedikit sebanyak kita membantu dia meringkan beban lebih lebih dalam perbelanjaan rumah yang kian meningkat sekarang ni. 


Berpakaian menarik, berfesyen, ada laptop, ada ipad. Haaa, apa yang korang bayangkan sebagai wanita bekerjaya, seorang suri rumah pun boleh jadi macam tu. Bergaya bila kita buat kerja kat rumah (maksud nadia bila kita masuk Small Office Home Office) kita tu. Nak belanja macam orang kerja dapat gaji hujung bulan? Haaa, kita pun boleh. Nak main kutu emas, kutu noxxa? 
Eh, takde hallah. Kita juga bebas berbelanja.


Yes, berdikari. Dengan berbisnes kita belajar berdiri di atas kaki sendiri. 
Tak perlu bergantung harapan yang tinggi pada orang lain. Nak buat simpnan TH? Nak melabur di ASB? Dan macam macam lagi, kita usaha untuk dapatkannya.

.
.
.

Dan banyak lagi sebab musabab lain mengikut diri masing masing kenapa suri rumah wajib buat bisnes. Tahniah nadia ucapkan kepada suri rumah yang sudah pun menjalankan perniagaan anda. Nadia doakan semoga dipermudahkan urusan dan rezeki melimpah ruah. Pada yang belum? 
Meh sini, nadia nak kongsi dan ajak korang untuk tengok peluang bisnes kat bawah ni. 

KLIK GAMBAR UNTUK KE PAUTAN SETERUSNYA !



.
.
.

Nadia Syakila 
Pemilik NS Mobile Spa
Alumni The Walking Beauty
Team Jutawan Shaklee Member
Facebook : Nadia Syakila
WhatsApp : 013-2408600

You Might Also Like

0 comments

JOM FOLLLOW KAMI DI @ns.mobilespa



JOM FOLLLOW KAMI DI @projek_spa_bergerak