KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

8:00 am


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pejam celik pejam celik, dah hari ke 10 bulan Oktober 2019. Pantas betul masa berjalan. 
InshaAllah, hari ini nadia nak menulis topik / entri yang agak serius berkenaan dengan tajuk seperti diatas. Sebenarnya nadia ada kongsikan sedikit apa kesan kegemukan kepada badan pada entri lepas. 


Jadi kat entri kali ini, kita akan sama sama belajar (nadia pun dalam proses belajar) tentang penyakit kronik. Fuh, sangat takut dan menakutkan. Tapi takpe, biar takut dan berubah, inshaAllah.

PENYAKIT KRONIK merujuk kepada sebarang penyakit yang berlanjutan lebih dari 3 bulan dan juga mengganggu kehidupan harian seseorang (MyHealth Gov)

Penyakit kronik boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Contoh penyakit kronik adalah asma, kencing manis, serebral palsi, epilepsi, terencat akal, penyakit mental, angin ahmar dan macam - macam lagi. Cuba tengok gambar bawah ni ⇩

Masalah penyakit ni selalu datang dalam senyap, jadi kita kena jaga dan peka dalam apa juga perubahan serta ketidak selesaaan yang terjadi pada badan kita.

Nadia kongsikan sekali gambar bagaimana lebih berat badan atau kegemukan memberi kesan kepada kesihatan kita.
Jom kita ambil salah satu je penyakit kronik akibat daripada kegemukan iaitu Kencing Manis. 
Haaaa, sebagai salah seorang penghidap penyakit ni, memang banyak sangat info yang nadia dapat yang doktor maklumkan yang nadia perlu risaukan. Eh sekejap, korang tak tahu? 


Orang gemuk ni risiko dia tinggi untuk kena kencing manis sebab lemak dah banyak selaput organ-organ dia tau. Dalam kes kencing manis, lemak yang lebih ni dah kacau fungsi normal pankreas yang kawal paras gula dalam darah. Bila gula dah jadi tinggi dalam badan ia akan bagi kesan pula pada organ - organ lain untuk jadi haywire. 

Nadia ingat lagi doktor cakap kat nadia, kalau orang sihat, setiap tahun, fungsi organ akan menurun beberapa peratus tapi orang yang ada kencing manis akan turun 20 peratus (kalau tak silap nadia) tapi memang banyak dari orang yang sihat. Ini maknanya, kalau organ kita tu fungsi tak lama mana lah macam mana orang yang normal, kau rasa? 

Ini belum lagi kita masuk, bila gula tinggi mata mula rabun, mula kebas kebas, luka tak sembuh, dan banyak lagi. Ia menganggu organ penting macam hati, buah pinggang, jantung. Ini baru cerita tang lemak berlebihan yang ganggu fungsi pankreas tau. Belum masuk jantung, belum masuk hati, kulit dan sebagainya.

Sebab itulah ada hadis mengatakan perut punca segala penyakit kan. 
Perut tu pula tempatnya makan. Bila banyak makan dan jenis main bedal (macam daku 😨) berat badan naik dan automatik badan jadi gemuk !

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)


Dan macam nadia sendiri, tatkala nadia tahu kebenaran ni. Walaupun sebenarnya lama dah tahu tapi nak mendapat juga. Nadia kena berubah. Dan pada kawan kawan yang membaca entri nadia ni dan masih sihat walafiat, hargai dan jaga nikmat sihat yang Allah berikan tu sebaiknya okey. 
Jaga kesihatan anda luar dalam bahkan mental atau fizikal.


.
.
.

Nadia Syakila 
Berubah menjadi lebih sihat
Nak buang 20kg hujung tahun ni.
Facebook : Nadia Syakila
WhatsApp : 013-2408600

You Might Also Like

0 comments

JOM FOLLLOW KAMI DI @ns.mobilespa



JOM FOLLLOW KAMI DI @projek_spa_bergerak